Pelajar Sikh di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Pendaftaran pelajar bukan Islam di Pusat Asuhan Tunas Islam, PASTI bukanlah perkara baru.
Sebelum ini sudah ada ibu bapa bukan Islam yang mendaftarkan anak-anak
mereka kerana yakin dengan sistem pelajaran yang dibawa oleh institusi
pendidikan pra-sekolah di bawah Pemuda PAS ini [Pasti Johor].
PASTI seharusnya diberikan pujian kerana berjaya meyakinkan orang bukan Islam untuk mendaftarkan anak mereka meskipun sistem pendidikan pra sekolah ini berteraskan Islam.
Dewan
Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur dan PAS Cawangan Taman Cempaka telah
mengunjungi Pasti Bestari Taman Cempaka yang mempunyai seorang pelajar bukan beragama Islam iaitu Harwanjit Singh a/l Taranjit Singh.

Jika sebelum ini, orang-orang bukan Islam sering ditakut-takutkan untuk mendekati Islam dengan momokan seperti "hudud", "berkhatan" dan "pengganas". Namun begitu, hasil kerjasama serta toleransi PAS dan DAP nampaknya sedikit sebanyak telah berjaya menghilangkan rasa takut orang bukan Islam untuk mendampingi dan memahami Islam.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/pelajar-sikh-di-pusat-asuhan-tunas.html#ixzz2Ar5zwoAm