Thursday, 24 January 2013

PASTI PERLU TONJOLKAN PERWATAKAN RASULLULLAH !

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Manusia Yang Paling Agung, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kepada semua warga PASTI di bawah PAS KAWASAN HULU SELANGOR dan seluruh rakyat Selangor khasnya.  Walau di manapun anda berada, pastikan RasuluLLah menjadi cinta utama kita !

Mari kita ambil pengajaran daripada beberapa peringatan ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi SAW  :

Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”
(Al-Ahzab: Ayat 56)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, orang tuanya dan manusia semuanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
(Hadith Riwayat Ad-Dailami)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari qiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari qiamat.”
(Hadith Riwayat Thabarani)

Tuesday, 27 November 2012

BILA PR MENANG ELAUN GURU PASTI DAH PASTI? !


KOTA BHARU: Sebanyak RM195,000 dibelanjakan oleh Pasti Kelantan untuk elaun bulanan kepada tenaga pengajarnya seramai 650 orang seluruh negeri dalam tempoh dua bulan tahun ini.
Jumlah itu termasuk kenaikan elaun guru-guru Pasti bermula bulan ini (November-Disember) di samping bonus yang baru diperkenalkan tahun ini.
 Perkara itu dimaklumkan pada majlis Hari Anugerah Kualiti Pasti Negeri Kelantan dan Penyampaian Elaun Guru Pasti 2012 yang dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di Putik semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Pasti negeri, Abdul Latif Abdul Rahman serta setiausahanya, Hafiz Musa.
Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, walaupun kerajaan Pusat menafikan hak prasekolah,  namun demi Islam PAS berjaya memajukan Pasti dengan sumber kewangan yang terhad.

Katanya, mengikut perlembagaan negara, Kerajaan Pusat bertanggungjawab mengeluarkan dana kepada mana-mana pihak yang membuka prasekolah atau sekolah aliran agama yang lain.
“Namun apa yang berlaku dalam negara kita, perdana menteri serta timbalannya bukan sahaja tidak membantu, sebaliknya ingin menghapuskannya termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR),” ujarnya.

Beliau yang juga anggota exco kerajaan Kelantan seterusnya berkata kerana nawaitu yang baik demi untuk pendidikan Islam, akhirnya Pasti muncul sebagai sebuah pra pendidikan yang terkenal dan terhebat di negara ini.
Sambungnya, kerana kehebatannya itu juga ia menarik minat masyarakat bukan beragama Islam untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti.

Tuesday, 30 October 2012

PELAJAR BUKAN ISLAM JUGA DI PASTI

Pelajar Sikh di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Pendaftaran pelajar bukan Islam di Pusat Asuhan Tunas Islam, PASTI bukanlah perkara baru. Sebelum ini sudah ada ibu bapa bukan Islam yang mendaftarkan anak-anak mereka kerana yakin dengan sistem pelajaran yang dibawa oleh institusi pendidikan pra-sekolah di bawah Pemuda PAS ini [Pasti Johor].

PASTI seharusnya diberikan pujian kerana berjaya meyakinkan orang bukan Islam untuk mendaftarkan anak mereka meskipun sistem pendidikan pra sekolah ini berteraskan Islam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur dan PAS Cawangan Taman Cempaka telah mengunjungi Pasti Bestari Taman Cempaka yang mempunyai seorang pelajar bukan beragama Islam iaitu Harwanjit Singh a/l Taranjit Singh.



Jika sebelum ini, orang-orang bukan Islam sering ditakut-takutkan untuk mendekati Islam dengan momokan seperti "hudud", "berkhatan" dan "pengganas". Namun begitu, hasil kerjasama serta toleransi PAS dan DAP nampaknya sedikit sebanyak telah berjaya menghilangkan rasa takut orang bukan Islam untuk mendampingi dan memahami Islam.


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/pelajar-sikh-di-pusat-asuhan-tunas.html#ixzz2Ar5zwoAm

Wednesday, 24 October 2012

SENARAI PASTI HULU SELANGOR

PASTI Kawasan Hulu Selangor : 013-6758540
PASTI IBNU SINA - 41 Jln Anggerik 3A,Bkt Sentosa 2;010-8001737
PASTI UMI SHAM  - Jln Kemboja 4A/5, Bkt. Sentosa 3 : 013-2481967
PASTI AN NABI"E - Jln Kembojasari 6, Bdr. Sg. Buaya : 016-9978323
PASTI AL FATINI - Jln Kasturi 4B, Bkt. Beruntung : 017-3880991
PASTI AL FAIZIN - Tmn Bunga Raya, Bkt Beruntung : 012-6170358
PASTI ANAS-Jln Gapi 1D/13, Antara Gapi : 016-3220758
PASTI AL AKMAL 1- Jln Melor, Kg. Sri Serendah : 019-3702116
PASTI AL AKMAL 2-Jln Anggerik 1D, Desa Anggerik,Serendah: 013-3910788 PASTI RASA SAYANG- Jln Keruing 4A, Taman Keruing Rasa : 019-2777622
PASTI AL AMIN   - Jln Kolam Air, KKB : 017-3544366
PASTI AS-SAKINAH- Jln Songket 2D, Tmn. Desa Bkt. Bujang : 013-6059291
PASTI AT TAQWA  - Jln Meranti 2C/4, Bdr. Utama Btg Kali : 012-9400312
PASTI AL HUSNA  - Kg Seri Geriang, H. Bernam : 019-2513370
PASTI AL FATIMAH- Kg. Pasir, Kerling, KKB : 013-3428701

http://pastinegeriselangor.blogspot.com/2010/02/maklumat-pasti-cawangan-seluruh-negeri.html

Tuesday, 16 October 2012

SEJARAH PENUBUHAN PASTI

 Sejarah Penubuhan PASTI

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.

Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Thursday, 11 October 2012

MESYUARAT PASTI KAWASAN

MESYUARAT  PASTI KAWASAN HULU SELANGOR AKAN DIADAKAN DI TEMPAT BIASA 12/10/2012 .
MASA : 9 MALAM (LEPAS SOLAT ISYAK)
PENGURUS, AJK DAN GURU SILA HADIR DAN JUGA BAWA BORANG TEMPAHAN TAHUN 2013 BERSAMA DEPOSIT.