Monday 17 September 2012

PASTI KINI PILIHAN BUKAN ISLAM !


PENGKALAN CHEPA: Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.

Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Abdullah, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam.

Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.

“Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.

“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.

Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.

“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.

Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia. Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu. Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan. (Hrkh)

Friday 7 September 2012

ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR 2012

 Ucapan Pengarah Program: Cikgu Syukri
 Ucapan perasmian oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor

 Alhamdulillah PASTI Negeri Selangor telah berjaya mengadakan Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012. Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang seluruh PASTI Kawasan berkumpul bagi menonjolkan bakat pelajar mereka melalui pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk dua acara baru dimana satu acara hanya diperingkat Negeri Selangor sahaja iaitu Mengeja cepat dan satu lagi Kalam Jamaie yang dipertandingakan di peringkat Kebangsaan. Para peserta telah sampai seawal jam 8pagi lagi bagi mendaftarkan diri serta membuat persiapan akhir sebelum acara bermula disetiap dewan pertandingan.

Acara berakhir sekitar jam 12tghari dan peserta berehat sambil menanti Jawatankuasa Hakim mengira markah serta rumusan pemenang bagi setiap acara. Majlis Perasmian penutup Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2012 telah di Rasmikan oleh YB Dr. Hjh. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Pihak PASTI Negeri Selangor mengucapkan terima kasih diatas bantuan ahlijawatankuasa serta para petugas dan pimpinan dari pelbagai peringkat yang membantu menjayakan program dari awal hingga akhir.

Tahniah juga di ucapkan kepada semua pemenang manakala yang tidak berjaya cuba lagi. Juara Keseluruhan kali ini telah dirampas oleh PASTI Kawasan Kapar iaitu tuan rumah Hari Alam Ria tahun ini.Johan bagi setiap acara akan mewakili PASTI Negeri Selangor dengan misi mengekalkan Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia di PUTIK, Negeri Kelantan pada 15 dan 16 September 2012(Sabtu dan Ahad). Selamat berjuang dari Kami seluruh Ahli Lembaga Pengerah PASTI Negeri Selangor. Berikut adalah keputusan bagi semua acara yang dipertandingkan semasa ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR 2012:
2 Sept. 2012, KAPAR: